Header Ads

Cruise Cinta Lebaran



Cruise Cinta Lebaran

Pelakon : Hannah Delisha, Aiman Hakim Ridza, Hariss Ismail, Ali Reza Kavoossi, Jasper Supayah, Fendy London, Amy Mastura, Ayu Rahman
Penulis Skrip: Marr Mohammad
Pengarah: Hj Md Fadzil Teh Warna

Aida Maria merupakan seorang editor majalah fesyen terkemuka. Pada tanggal 20 Ramadhan, dia diajak berbuka puasa dengan teman lelakinya, Ikmal. Aida menjangkakan bahawa Ikmal akan melamar namun sebaliknya. Hubungan mereka terputus dan Aida membawa diri bercuti dan menaiki kapal cruise mewah. Setibanya Aida di atas kapal mewah, Maizal Hairi tersilap hantar begnya ke bilik penumpang lain. Tercetus sedikit pergaduhan antara mereka. Ketika solat tarawih malam itu, dia terkejut melihat Maizal yang menjadi imam dan mendengar laungan azan yang merdu. Sejak itu, mereka banyak meluangkan masa bersama. Pada pagi hari raya, Aida terkejut apabila melihat, Maizal ada di rumahnya. Rupanya Maizal adalah lelaki yang ingin dijodohkan dengan Aida oleh neneknya. Di situ juga terbongkarlah rahsia bahawa Maizal adalah pemilik cruise tersebut.


Powered by Blogger.